Tuesday, January 4, 2011

Resepi: Nasi Goreng Paprik Ayam




BAHAN-BAHAN NASI GORENG:
  • Nasi secukupnya ( untuk makan 2 orang )
  • 1 biji telur
  • 1/4 labu bwg besar - dimayang sedikit
  • 1/2 Sudu Serbuk pati ayam
  • 1 Sudu Kicap pekat
  • 2 Sudu minyak ikan
  • 1/4 Garam
  • 1/4 Sudu lada sulah
  • 2 Sudu minyak utk menumis
  • 50gram Cili Kering (dikisar)

CARA PENYEDIAAN :-

Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi , masukkan cili kering , masukkan telur, goreng dan hancurkan , masukkan nasi, tambah kicap, minyak ikan, serbuk perasa (tanpa MSG) dan garam


BAHAN -BAHAN PAPRIK AYAM :

  • Daging ayam secukupnya (dipotong kecil-kecilan)
  • Sotong /udang (Jika ada)
  • 2 ulas bwg putih - dicincang
  • 1 ulas bwg merah - dicincang
  • 2-3 biji cili api - dipotong
  • 1/4 labu bwg besar - dipotong
  • 3 Batang Kacang panjang - dipotong
  • 50gram Cendawan - dipotong
  • 1 lobak merah - dipotong
  • 50gram brokoli / bunga kobis
  • 1 biji cili masak - dipotong
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 2-3 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili/tomato
  • Garam dan gula serta minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan ayam/ sotong/udang - goreng sampai masak
  3. Masukkan sos/kicap/cili giling dan sayuran seperti kacang, brokoli/bunga kobis, carrot.
  4. Masukkan daun limau purut
  5. Tambah sedikit air jika ingin berkuah
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung & baki sayur-sayuran yang lain
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Hidang bersama nasi goreng yang telah disediakan.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


Daisypath Friendship tickers
nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.