Tuesday, January 4, 2011

Resepi: Air Katira


Bahan-bahan

    susu sejat penuh krim
    air “ice-cream soda”
    buah semangkuk
    getah anggur (katira)
    air masak
    ais
    gula batu
    daun pandan
    vanilla essence

Cara membuatnya

Rebus 1 liter air hingga mendidih dan matikan api. Masukkan 5 biji buah semangkuk, 200 gram katira, 200 gram gula batu dan 1 helai daun pandan. Kacau dan biarkan sehingga buah semangkuk kembang. Asingkan biji buah semangkuk. Biarkan sejuk.

Masukkan 2 tin susu sejat ke dalam bekas minuman/jag. Bancuhkan 1 liter air ice-cream soda dengan mengacau secara perlahan-lahan supaya tidak berlaku pemendakan (susu mejadi berketul). Tambahkan sedikit air gula jika ingin lebih manis. Masukkan secubit garam, sesudu vanilla essence dan campuran buah semangkuk tadi.

Masukkan ais dan hidangkan ketika sejuk.

*Nisbah buang semangkuk, susu sejat dan air ice-cream soda boleh diubah secukup rasa.
*Sentiasa tuang air ice-cream soda ke dalam susu dan bukan sebaliknya.


No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.