Showing posts with label Resepi Air/Jus. Show all posts
Showing posts with label Resepi Air/Jus. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Resepi: Jus Tembikai Laici


Bahan

sepotong tembikai
2-3 sudu gula ( manis ikut suka )
1 gelas air masak
3-4 biji buah laici
ais

Cara penyediaan

1. Masukkan tembikai yang telah di potong-potong , air dan gula. Kisar hingga hancur.
2. Masukkan dalam gelas.
3. Hidangkan dengan laici dan ais


Read more >>

Resepi: Air Katira


Bahan-bahan

    susu sejat penuh krim
    air “ice-cream soda”
    buah semangkuk
    getah anggur (katira)
    air masak
    ais
    gula batu
    daun pandan
    vanilla essence

Cara membuatnya

Rebus 1 liter air hingga mendidih dan matikan api. Masukkan 5 biji buah semangkuk, 200 gram katira, 200 gram gula batu dan 1 helai daun pandan. Kacau dan biarkan sehingga buah semangkuk kembang. Asingkan biji buah semangkuk. Biarkan sejuk.

Masukkan 2 tin susu sejat ke dalam bekas minuman/jag. Bancuhkan 1 liter air ice-cream soda dengan mengacau secara perlahan-lahan supaya tidak berlaku pemendakan (susu mejadi berketul). Tambahkan sedikit air gula jika ingin lebih manis. Masukkan secubit garam, sesudu vanilla essence dan campuran buah semangkuk tadi.

Masukkan ais dan hidangkan ketika sejuk.

*Nisbah buang semangkuk, susu sejat dan air ice-cream soda boleh diubah secukup rasa.
*Sentiasa tuang air ice-cream soda ke dalam susu dan bukan sebaliknya.


Read more >>

Resepi: Coconut Shake


Bahan-bahan

250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila


Hiasan atas:
1 scop aiskrim vanila


Cara-cara

Santan kelapa dan aiskrim vanila dikisar menggunakan blander sehingga berbuih. Tuangkan di dalam cawan hidangan. Letakkan aiskrim vanila ke atasnya sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan. Campurkan ais untuk melazatkan hidangan.


Read more >>

Resepi: HoneyDew Orange


Bahan-bahan

½ biji buah tembikai susu,
1 biji buah oren,
1-2 cawan susu segar (Daisy Low Fat),
3 sudu besar madu asli(agak-agakla lebih pun takpe..).
kiub ais.

Cara-cara

Potong dan ambik 1/2 biji buah tembikai susu tu dan kupas oren dan buang kulit serta bijinya kemudian diblender atau dikisar bersama susu segar daisy (lebih wangi rasanya) bersama madu.Kisar sehingga hancur. Tak manis tambah lagi madu. Jangan tambah gula tak sedap.Agak-agakla ikut citarasa anda.Kemudian masukkan kiub ais tadi supaya lebih sejuk dan segar.Bagi mereka yang berdiet elok amalkan sebab minum ni pun dah kenyang..InsyAllah..


Read more >>

Resepi: Ice Blended coffee


Bahan-bahan

Bahan A

2 sudu susu pekat manis
1 sudu milo
1 sudu serbuj koko
1\2 sudu serbuk kopi

Bahan B

Ketulan ais
1 gelas air

Cara-cara

Larutkan bahan A dalam sedikit air panas.

Selepas itu masukkan bahan A dan bahan B dalam pengisar. Sedap diminum semasa sejuk jika tidak manis campurkan air gula.




Read more >>

Air Bandung Cincau


Bahan-bahan

Sirap
air yang dah masak
susu pekat
cincau

Cara-cara

bancuh sirap dalam air yg dah di masak.Kemudian masukkan susu pekat ke dalam bancuhan air sirap tadi.(kalau xnak manis sangat,jangan letak banyak2,cukup sekadar rasa).Kemudian masukkan cincau yg dah dipotong cincang kedalam air siap bandung tadi.Kemudian jadilah air itu air sirap bandung cincau

[Tips:lagi banyak cincau lagi best tapi jangan banyak sangat,takut tersedak pulak minum nanti]




Read more >>

Resepi: Air Betik


Bahan-bahan

1 biji buah betik (yang masak)
½ cawan air gula

1 biji limau nipis
1 gelas air sejuk

Cara-cara

Betik dikupas kulitnya dan potong kecil-kecil. Kisar dalam blender dengan air gula dan air sejuk hingga hancur. Kemudian ditapis ambil airnya, Perahkan air limau kacau rata-rata dan sejukkan.


Read more >>

Resepi: Air Belimbing


Bahan-bahan

3 biji buah belimbing besi
½ cawan air gula

½ cawan air sejuk
Secubit garam

Cara-cara

Buah belimbing dipotong kecil-kecil, kemudian masukkan kedalam blender. Tuangkan sedikit air serta garam dan kisarlah hingga hancur. Tapis ambil airnya. Masukkan air gula, jika suka bolehlah dicampur sedikit air sejuk kacau rata-rata dan sejukkan.


Read more >>

Resepi: Air Asam Boi


Bahan-bahan

3 sudu kecil serbuk asam boi
3 sudu kecil gula
1 biji limau nipis
1 gelas air suam
Ais batu


Cara-cara

Masukkan suku gelas air panas ke dalam gelas. Tambahkan serbuk asam boi dan gula. Setelah sebati, masukkan air hingga tiga suku gelas. Perah limau nipis. Kacau sebati dan masukkan ais batu.


Read more >>

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


Daisypath Friendship tickers
nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.