Showing posts with label Resepi Ikan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ikan. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Resepi: Ikan Kukus Asam Limau



Bahan-bahannya:

500 gram ikan kerapu atau siakap ataupun yg sewaktu ngan nya

10 gram cili api di cincang halus

50 gram bawang putih dicincang halus

1 tangkai akar ketumbar jugak di cincang halus

½ cawan air limau nipis

¼ cawan kicap cair

gula dan garam secukup rasa

(campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati)

Cara menyediakannya:

1. ikan dibersihkan lalu dikukus selama 15 minit

2. angkat dan tuangkan sos yg telah disediakan tadi diatas ikan lalu dikukuskan semula selama 3 minit

3. angkat dan hidangkan. Enak dimakan dengan nasi panas2.


Read more >>

Resepi: Ikan Keli Berlada



Bahan-bahannya:

2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dikelar badannya

Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)

Serbuk kunyit & garam

Minyak utk menggoreng

4 biji cili masak

(boleh juga ditambah dgn Cili api kalau suka extra pedas)

3 biji bawang merah

2 biji bawang putih

1 labu bawang besar

sedikit halia

asam jawa, gula, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya

Cara menyediakannya:

1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.

2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian digoreng sampai gareng.

3. Blendkan cili masak, bawang merah & putih juga halia. Tumiskan sampai naik bau.

4. Masukkan Air asam jawa, gula, garam & ajinomoto secukupnya.

5. Kalau suka dgn sambal yg agak berkuah tambahkan air & biarkan menggelegak.

6. Masukkan pula bawang besar yg dihiris sampai layu.

7. Akhir sekali masukkan la ikan keli yg dah digoreng & terbalik2kan. Cepat2 la tutup api nanti ikan jadi lembik.


Read more >>

Resepi: Ikan Keli Masak Lemak Cekur



Bahan-bahannya:

2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian

Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)

Serbuk kunyit & garam

10 biji cili api (ikut suka)

3 biji bawang merah

1 biji bawang putih

Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.

4 helai daun limau purut

asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya

1 mangkuk santan kelapa

Cara menyediakannya:

1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.

2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.

3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.

4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.

5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak.

Note :

Pada sesiapa yang rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedalam kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.

Selamat mencuba.


Read more >>

Resepi: Ikan Bawal Hitam Sweet & Sour



Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal hitam

1 labu bawang besaq - dipotong bulat

3 ulas bawang putih

1 cm halia

sos tomato - 2sudu besar

sos cili - 2sudu besar

1 potong nenas

garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Ikan tu sianglah dulu kemudian dibasuh seterusnya gaul garam & kunyit kemudian goreng hingga masak. Minyak goreng ikan tadi tuang ke dalam bekas lain, tinggal sedikit dlm kuali tadi

2. Tumis bawang besar & putih serta halia. Masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air.

3. Setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.kemudian masukkan ikan goreng tadi.

4. Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang.

Selamat mencuba


Read more >>

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


Daisypath Friendship tickers
nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.