Tuesday, January 4, 2011

Resepi: Sate Ayam/Daging



Bahan-bahan sate:

1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan untuk dikisar halus:

3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara menyediakan:

1) Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2) Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
3) Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
4) Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

(Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.)


No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.