Thursday, February 24, 2011

Resepi:Kuey Teow Tomyam



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus kuey teow
  • 5 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 4 s/b tom yam pes
  • 2 s/b tom yam cili pes
  • 2 s/b sos ikan - nampla sos
  • 2 s/b jus limau purut
  • 1/2 mangkuk tauge - dibuang ekornya
  • 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • 1 batang carrot - dipotong kecil
  • 6-8 batang putik jagung - dipotong kecil
  • Sedikit sotong - dipotong ambil badannya saja
  • Sedikit udang basah - dibuang kulit
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali
  • tumiskan bahan tumbuk hingga garing
  • kemudian masukkan pes tom yam
  • tom yam cili pes, sos ikan dan jus limau purut, gaul hingga naik hampir garing
  • kemudian masukkan udang basah, sotong dan carrot, gaul rata hingga bahan masak
  • kemudian masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, gaul rata
  • masukkan pula putik jagung dan gaul lagi hingga putik jagung layu
  • masukkan kuey teow sambil terus digaul hingga semua bahan rata
  • akhir sekali masukkan tauge dan daun ketumbar
  • gaul seketika hingga tauge layu.
  • siap di hidang

1 comment:

  1. sedap gila kuey teow tomyam tu...tima kaseh bab bagi resepi...nak cuba kat umah larhh...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.