Saturday, April 23, 2011

Resepi: Ketupat sotong


Bahan-bahannya:

4 ekor sotong putih yang besar-cuci bersihkan keringkan airnya.

200 gram pulut-bersihkan dan rendam 45 minit

200 ml santan cair untuk campur dalam beras pulut

250 ml santan-sederhana pekat

120 gram gula melaka –masakkan terlebih dulu dengan sedikit air

Garam

3 helai daun pandan

Lidi satay


Cara-caranya:

Panaskan air kukus,tanak beras pulut bersama santan sehingga masak.Dah masak sejukkan.

Sumbat pulut kedalam sotong 1/3 penuh,masukkan kepala sotong sematkan dengan lidi satay.

Satukan sotong bersama santan sederhana pekat,gula melaka dan sedikit garam ke dalam periuk,masukkan daun pandan.Kacau sehingga kuah menjadi pekat.

*pulut yang dimasak tu ada lebih,jadi boleh lebihkan sotongnya.



3 comments:

  1. ARRGGHH ! tensennye tengok makanan dalam ni..
    serius, lapar giler + terliur sangat..

    singgah dan follow blog ni rase nak lepak lame usya resepi yang sedap2 ni..

    thanks bagi sume resepi2 ni..

    kalau sudi, meh la datang dan follow blog saye ye..
    kedatangan anda sangat dihargai ;)

    http://olahasz.blogspot.com
    thanks a lot ;)

    ReplyDelete
  2. lepak je hari2...hehe~
    sy dh follow..thanks coz follow blog ni~

    ReplyDelete
  3. wah! ketupat sotong! macam menarik..thanks for sharing! =D

    ReplyDelete

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.