Sunday, June 5, 2011

Resepi: Nasi Goreng IKan Masin



Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin [ gorengkan dan pecah2kan]
2 biji telur
6 pokok kangkung [potong kecil]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
minyak

bahan tumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit belacan
sediki ikan bilis
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kangkong dan sos nampla. Gaulkan rata.
3. Masukkan telur dan biarkan agak masak sikit baru di kacau hancur. Gaulkan rata.
4. Taburkan ikan masin dan gaulkan rata.
5. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
6. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok keping.


4 comments:

  1. kalu taruk ikn bilis goreng dah jadi nasi goreng kampung. Macam nasi goreng belacan pun ada. Ades..

    ReplyDelete
  2. suke le nasi goreng..nanti nak masak sendiri lah...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.