Friday, January 24, 2014

Resepi: Kek Gula Hangus




Bahan2 Untuk membuat gula hangus nye:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Bahan2 Kek:
(4 biji telur)
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh vanilla essence

Cara-cara
-(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( saya gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Saya bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.)

Oleh:Qaseira Ummi

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


Daisypath Friendship tickers
nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.