Wednesday, January 5, 2011

Resepi: Cheese Cake Blue Berry


Bahan-bahan

Base

200g tepung gandum

75g gula

75 g majerin

1/2 sudu serbuk penaik

1 biji telur


Krim Keju:

500g krim keju (cream cheese)

140g gula halus

2 biji telur

4 sudu tepung custard

80g krim masam

1/2 cawan minyak sayuran

1 cawan susu segar

500g blue berry


Cara-cara

Base:

1. Campur semua bahan td dan hendaklah uli sehingga lembut.

2. Sejukkan kedalam peti ais selama sejam sebelum dicanai.


Krim keju:

1. pukul telur dan gula hingga sebati, kemudian masukkan krim keju dan bahan bahan lainnya. Kacau hingga rata.

2. Canaikan doh base,masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak sebelumnya.

3. Masukkan pula bahan krim keju tadi kemudian taburkan blue berry keatasnya.

4. Bakar dalam ketuhar 180'C selama lebih kurang 50 minit.

5. simpan sejuk sebelum dimakan



No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.