Wednesday, January 19, 2011

Resepi: Laksa Penang


Bahan-bahannya

1 kg mee laksa
Air garam yang mendidih (dicelur)
90 gm asam jawa (diperah airnya,ditapis)
1.2 leter air
4 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum (dipetik daunnya)

Bahan Hiasan:

1 biji sedang nenas (dikupas kulitnya,dibuangmata & empulurnya serta dipotong dadu)
500 gm timun ( dibuang kulitnya *& empulurnya & dihiris tipis bulat-bulat)
30 gm daun pudina
125 gm bawang besar (dipotong dadu)
5 batang lada hijau (dihiris tipis)
6 batang lada merah (dihiris tipis)
60 gm (daun bawang kucai)(dihiris halus)
2 sudu petis
¼ cawan air panas (dicampurkan)
1 tangkai bunga kantan(dibelah dua)
1 ½ sudu gula pasir
Garam secukup rasa
750 gm ikan parang (disiang)

Bahan Giling:

250 gm bawang merah
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
15-20 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2 cm belacan (dibakar)
1 ulas bawang putih

caranya

  • Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel.
  • Didihkan selama 10 minit. Masukkan ikan & kecilkan api. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehinggamasak, Kemudaian keluarkan dari kuah itu.
  • Sejukkan sedikit. Buangkan kulit & tulangnya serta kikis isinya. Sementara itu, Masukkan pes giling ke dalam kuah & terus didihkan perlahan-lahan selama 1 jam.
  • Keluarkan daun kesum & bunga kantan.
  • Masukkan semula isi ikan itu kedalam kuah.
  • Biarkan sampai mendidih & rasa garamnya.


Untuk menghidangkan:

Isikan sebahagian daripada mee laksa itu ke dalam sebuah mangkuk.Tuangkan kuah panas itu ke atasnya & bubuh sedikit daripada tiap-tiap bahan hiasan.Hidangkan segera sementara ia masih panas.




No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak anda di sini.. =))


nick.adika recipesdot4all. Powered by Blogger.